Tempatan

Malaysia Dah Capai 33 Juta, Bumiputera 70%

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 09 September 2022 – ‘Perangkaan Demografi Malaysia Suku Tahun Kedua 2022’ memperlihatkan peningkatan sebanyak 32.7 juta penduduk negara dengan peratusan percambahan rakyat mengikut kategori etnik menunjukkan Bumiputera meningkat hampir 70% iaitu seramai 21.1 juta penduduk Bumiputera di Malaysia.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) juga memaparkan perincian jumlah populasi mengikut kategori etnik yang mana selain Bumiptera, etnik India juga menunjukkan peningkatan seramai 2.0 juta penduduk (6.6%).

Selain itu, di Malaysia, etnik Cina adalah seramai 6.9 juta penduduk (22.8%) dan lain-lain kaum seramai 0.2 juta penduduk (0.7%), lapor DOSM.

Peningkatan populasi itu disokong hasil kadar kelahiran meningkat 0.2% kepada 110,858 bayi dicatatkan dan dipecahkan merangkumi 56,801 bayi lelaki dan 54,057 pula bayi perempuan.

Sementara itu, bagi perincian jumlah populasi mengikut kewarganegaraan pula, seramai 30.2 juta adalah rakyat Malaysia, diikuti baki 2.4 juta pula adalah bukan-warganegara.

DOSM turut memaparkan data kematian suku kedua 2022 yang menunjukkan penurunan angka kematian sebanyak 6.9 peratus dibanding suku kedua 2021 dan jantina lelaki mencatatkan jumlah kematian lebih tinggi dengan 26,476 individu, diikuti jumlah kematian wanita pula 20,296 individu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: