Tempatan

Malaysia Catat Rekod Negara Dengan Jumlah Sisa Makanan Paling Teruk Dunia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 22 FEBRUARI 2024 – Malaysia mencatatkan rekod sebagai negara dengan jumlah sisa makanan paling teruk di dunia, lapor sebuah Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menurut media, secara purata, rakyat negara ini didapati membuang 259.82 kilogram sisa makanan setiap tahun.

Rekod ini dipercayai telah mengalahkan entiti haram Israel yang mencatatkan tempat kedua paling teruk dalam aspek yang sama, di mana penduduknya dianggarkan membuang 178.43kg sisa makanan setiap tahun.

Sehubungan itu, Pensyarah Kanan Jabatan Perhutanan, Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Bintulu Sarawak, Dr. Keeren Sundara Rajoo berkata, Malaysia bergelut dengan keperluan terdesak untuk menangani masalah sisa makanan.

Justeru, beliau mencadangkan agar negara melihat langkah strategik dijalankan negara maju seperti Jepun bagi menangani krisis ini.

Ujarnya, Jepun hanya menghasilkan sisa makanan sebanyak 45kg per kapita setahun dan telah melaksanakan beberapa langkah strategik bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: