Tempatan

“Malaysia: Bandar Kereta, Pengangkutan Awam Memang Hauk” – Netizen

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SELASA, 19 April 2022 – Tidak berpuashati dengan perkhidmatan pengangkutan awam di Malaysia, seorang individu memuat naik satu hantaran yang beranggapan bahawa Malaysia merupakan sebuah ‘City of Car’.

Malaysia: City of car. Public transport memang hauk.”

Malaysia menyediakan perkhidmatan awam namun lokasi penetapan stesen tidak strategik dengan memilih kawasan yang jauh dari penempatan penduduk yang rata-ratanya adalah pengguna perkhidmatan tersebut, luah pemilik akaun @amirul_y00 dalam hantaran di Twitternya.

Tambahnya, keadaan tersebut memaksa pengguna pengangkutan awam bergerak menggunakan kereta terlebih dahulu sebelum menaiki KTM, LRT dan sebagainya bagi yang mempunyai kenderaan sendiri.

Namun, bagi pengguna yang tidak mempunyai kenderaan, mereka akan menggunakan perkhidmatan bas untuk sampai ke stesen pilihannya yang jauh dari rumah, ujar @amirul_y00 lagi.

Beliau turut mendakwa berdasarkan pemerhatiannya ke atas situasi tersebut, Kerajaan Malaysia seolah-olah membangunkan sebuah negara yang mendesak rakyat membeli kereta berbanding menggunakan pengangkutan awam yang disediakan.

Government memang design city untuk orang beli kereta, so dorang boleh collect duit tol. Government dah lama rancang, kita je yg lalai,” keluh individu itu lagi.

Hantaran @amirul_y00 tersebut adalah reaksi kepada @NabilErsyad yang mengeluh mengenai pengangkutan awam yang kini hanya menggunakan sistem pembayaran TnG dan tidak menyediakan kemudahan tambah nilai di stesen kepada pengguna yang menghadapi masalah untuk menambah nilai baki akaun TnG mereka.

“Writing this to document how stupid TnG, our trains, our busses and how they all come together to make Public Transport absolute shit based on my trip today.”

@ktm_berhad membuat permohonan maaf sebagai respon balas sekaligus mengingatkan pengguna bahawa “Baki minimum kad TnG yang diperlukan adalah RM5 sebelum menggunakan perkhidmatan KTM Komuter”.

“Sila pastikan anda mempunyai baki yang mencukupi atau tambah nilai kad TnG anda dahulu di mana-mana kedai serbaneka.”

“Terima kasih.”

Leave a Reply

Back to top button