Tempatan

Malaysia Bakal Gubal Undang-Undang Anti Pengintipan & Campur Tangan Asing – KP MKN

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 29 Disember 2022 – Malaysia sedang membuat rangka undang-undang bagi tujuan membenteng kegiatan perisikan asing yang menggunakan negara ini bagi menjalankan tugasan sulit mereka.

Tindakan ini diambil berikutan siri operasi rahsia yang dilakukan oleh perkhidmatan perisikan asing, termasuklah kes pembunuhan Kim Jong-nam, saudara bagi Kim Jong-un serta kes yang berlaku baru-baru ini, iaitu kes penculikan warga Palestin di Kuala Lumpur.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saat telah menyatakan bahawa undang-undang yang dicadangkan itu turut bertindak sebagai garis panduan bagi penjawat awam apabila berhadapan dengan pegawai-pegawai asing, isu-isu sensitif negara serta perkara yang melibatkan kerahsiaan.

Kini barisan pakar undang-undang sedang mengkaji akan undang-undang yang digunakan oleh Australia dan Singapura iaitu Australia’s Anti-Espionage and Foreign Interference Act oleh Australia dan Foreign Interference (Countermeasures) Act oleh Singapura.

Kedua-dua undang-undang ini akan dijadikan rujukan bagi Malaysia dalam menggubal undang-undang yang sesuai mengikut kehendak negara ini.

Sebuah gerak kerja multi-agensi khas yang melibatkan agensi-agensi perisikan negara juga akan diformalisasikan bagi membasmi aktiviti-aktiviti rahsia yang dijalankan oleh badan perisikan negara-negara asing.

Kementerian yang turut terlibat di dalam gerak kerja ini termasuklah Kementerian Dalam Negara, Kementerian Pertahanan, Kementerian Luar Negara, Kementerian Perdagangan dan Industri serta Jabatan Peguam Negara.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: