Tempatan

Malaysia Antara Negara Catat Kadar Pencemaran Sungai Akibat Plastik Paling Tinggi Di Dunia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 03 Jun 2023 – Laporan dari sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Belanda, ‘The Ocean Cleanup’ mendedahkan, negara India, Malaysia dan Filipina mencatatkan kadar pencemaran sungai akibat plastik paling tinggi di dunia.

Menurut sebuah portal tempatan, Asia Tenggara pula dikategorikan antara rantau yang merekodkan pencemaran plastik tertinggi di dunia.

BACA JUGA: Skim Perubatan Madani Akan Bermula 15 Jun Ini

BACA JUGA: Gelombang Haba, Lebih 5 Juta Carian Penyaman Udara Secara Atas Talian

BACA JUGA: HSP 3.0: Majikan Diseru Galakkan Pekerja Buat Saringan Kesihatan Percuma Di Hospital Kerajaan

Masalah ini semakin meruncing di Thailand sejak beberapa tahun selepas pandemik COVID-19 dengan momentum bagi mengurangkan penggunaan plastik semakin berkurangan di negara berkenaan.

Berikutan pencemaran yang berlaku, ‘The Ocean Cleanup’ mengesyorkan teknologi menyekat 90 peratus plastik daripada dibuang ke laut, diperkenalkan.

Kata NGO itu, ‘peranti mirip kapal angkasa’ bakal dilancarkan di Indonesia, Vietnam, Malaysia dan Thailand dengan menyasarkan beberapa laluan air yang dicemari plastik di rantau berkenaan.

Untuk rekod, jumlah plastik tidak boleh dikitar semula yang dibuang pada 2021 mencatatkan peningkatan lebih 30 peratus pada 2021, berbanding 2019.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: