Antarabangsa

Rosakkan Monumen Purba Colosseum, Pelancong England Bakal Berdepan Hukuman Penjara

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ROM, ITALI, 10 Julai 2023 – Seorang pelancong dari England yang didakwa merosakkan monumen purba Colosseum baru-baru ini bakal berdepan dengan hukuman denda serta penjara jika disabitkan kesalahan.

Menurut laporan dari sebuah agensi berita antarabangsa, pelancong tersebut yang dikenali sebagai Ivan Dimitrov telah menulis surat permohonan maaf kepada Datuk Bandar Rom, Roberto Gualtieri selepas didakwa mengukir namanya dan teman wanitanya pada dinding dalaman mercu tanda berusia hampir 2,000 tahun itu menggunakan kunci.

BACA JUGA: Pemilik Crackhouse Comedy Mengaku Salah, Didenda RM8,000

BACA JUGA: Kerajaan Komited Lindungi Hutan

BACA JUGA: Individu Kini Boleh Sambung Belajar Guna Pengalaman Kerja

“Melalui saluran ini saya ingin memohon maaf yang tulus dan jujur kepada warga Itali dan seluruh dunia atas kerosakan yang berlaku pada monumen itu di mana ia sebenarnya merupakan warisan buat semua manusia,” kata Dimitrov dalam surat tersebut yang diterbitkan dalam II Messaggero, sebuah akhbar yang berpangkalan di Rom, Itali pada Rabu lalu.

Berikutan insiden itu, siasatan dilakukan ke atas Dimitrov kerana merosakkan aset warisan budaya dan beliau berdepan hukuman denda antara €2,500 (RM12.7 ribu) hingga €15,000 (RM76.2 ribu) serta penjara dua hingga lima tahun, jika disabitkan kesalahan.

Baru-baru ini tular sebuah rakaman video memaparkan Dimitrov mengukir pada dinding monumen purba Colosseum dengan menggunakan kunci.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: