Tempatan

Malakat Mall Kembali Dapat Sambutan Pengunjung

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

CYBERJAYA, 19 Ogos 2022 – Sambutan pengunjung di Malakat Mall kembali hangat berbanding sebelum ini apabila hasil jualan mereka merekodkan peningkatan, kata Ketua Pengarah Operasi Malakat Mall, Muhammad Ash Shahid.

Katanya, berdasarkan prestasi jualan bagi segmen gaya hidup seperti pakaian, produk sukan serta barangan serbaneka tahun ini, beliau menjangkakan peningkatan sebenar dapat dilihat pada tahun hadapan.

“Tahun lepas kedai banyak tak buka, tahun ini banyak kedai dah buka dan momentum naik ada.”

“Tahun hadapan mungkin perjalanan yang sebenar bermula, sebelum ini di bahagian gaya hidup, kutipan hasil RM2 juta setahun,” katanya.

Seorang peniaga bernama Muhammad Hadrami Mustafa berkata, Malakat Mall akan menganjurkan bazar terbuka untuk peniaga membuka gerai mereka di kawasan perkarangan tanpa bayaran pada setiap hujung minggu.

“Mereka tak ambil sewa tapi perkongsian hasil jualan, sistem itu tak bebankan usahawan nak mulakan perniagaan.”

“Sambutan ada. Masyarakat yang sokong Malakat ini ada. Jualan tetap ada walaupun nampak tak ramai orang,” katanya.

Seorang lagi peniaga, Sanib Ahmad mengatakan bahawa Malakat Mall mendapat sambutan hangat pada hujung minggu tetapi kurang pada hari biasa disebabkan faktor kerja.

Malakat Mall yang dilancarkan pada 13 Mac 2020 itu berpegang kepada konsep berkongsi keuntungan demi membantu peniaga di pusat beli belah berkenaan yang kebanyakannya terdiri daripada usahawan Melayu dan Bumiputera yang baru berjinak dalam perniagaan.

“Ramai tak tahu pusat beli-belah kita tak buat sewa. Setiap vendor pun tidak ada sewa, kita guna konsep perkongsian keuntungan sehingga 20 peratus,” ujarnya.

Menurut beliau, biarpun pusat beli belah itu diwujudkan untuk peniaga Melayu dan Muslim, namun mereka tidak menghalang sekiranya jenama luar ingin membuka premis dalam Malakat Mall.

“Niat kita kalau boleh nak barangan Muslim. Sebab kita tahu pergerakan produk, dari mula sampai ke tangan akhir.”

Di Malakat Grocer pula, terdapat juga produk makanan yang dikeluarkan syarikat bukan Melayu dan Bumiputera, namun ia sering didapati di pasaraya lain, katanya.

“Kita perjuangkan kempen beli barangan Muslim (BMF) tetapi ada juga produk lain selain barangan BMF di sini,” jelasnya.

Sebelum ini, Pengasas Malakat Eco Group, Fadzil Hashim mengatakan bahawa Buy Muslim Product (BMF) belum gagal berikutan penutupan Malakat Mall di Masjid Tanah sekali gus menimbulkan sentimen daripada sesetengah pengguna yang mengatakan bahawa kempen BMF tidak sesuai untuk perniagaan disebabkan teknik pemasarannya yang hanya fokus untuk BMF.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: