Tempatan

Maksud Dan Kesan Istilah Wilayah – Haniff Khatri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 28 Januari 2023 – Peguam, Haniff Khatri menjelaskan, maksud wilayah bagi Wilayah Persekutuan dan wilayah Sabah dan Sarawak adalah berbeza.

“Pewartaan wilayah kepada Sabah dan Sarawak bagi mengangkat kedudukannya sebagai entiti berautonomi yang mana negeri itu mempunyai kawalan ke atas urusannya sendiri.”

BACA JUGA: PM Digesa ‘Bebaskan’ Tanggungjawab TPM, Sehingga Kes Rasuah Selesai

BACA JUGA: Hina Monarki, Lelaki Dipenjarakan 28 Tahun Di Thailand

BACA JUGA: Tragedi Kanjuruhan: Terdakwa Mengaku Arah Anak Buah Tembak Gas Pemedih Mata

Manakala, “Wilayah Persekutuan pula ialah wilayah yang ditadbir secara langsung oleh Kerajaan Persekutuan dan ditadbir di bawah perundangan Kementerian Wilayah Persekutuan”.

Ujarnya dalam satu kenyataan di Facebook, wilayah dalam konteks Sabah dan Sarawak tiada kena-mengena dengan tiga Wilayah Persekutuan yang ada sekarang.

Rakyat Malaysia akan menyambut Sambutan Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari ini.

Namun, menurut Profesor Dr Zaid Ahmad dari Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM) masih ramai juga dilihat kurang memiliki rasa kekitaan dan berbangga menjadi warga Wilayah Persekutuan.

Bagaimanapun, beliau berkata fenomena itu boleh diubah dengan menanam semangat patriotisme dalam diri generasi zaman kini bermula sejak prasekolah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: