Makmal Hasilkan Janin Manusia Cetus Kegusaran Dunia
PERANCIS, 20 Jun 2023 – Tindakan para saintis dalam menggunakan sel stem bagi menghasilkan struktur yang menyerupai janin manusia di dalam makmal telah mencetuskan seruan agar peraturan yang lebih ketat dikenakan dalam bidang yang kini makin berkembang.
Beberapa makmal yang berbeza di serata dunia telah menerbitkan kajian-kajian pra-cetak sejak beberapa hari lalu yang menjelaskan kajian mereka, yang mana tindakan tersebut telah membuatkan para pakar mengeluarkan kenyataan bahawa kajian tersebut perlu dilakukan dengan sangat berhati-hati berikutan kajian sedemikian masih belum menjalani proses ‘peer-review’.
BACA JUGA: ADUN Tupong Pertahan Projek Tiang Bendera Sarawak Bernilai RM30 Juta
BACA JUGA: Usaha Gugat Pengerusi SUHAKAM Mesti Dihentikan, Siasat NGO Penerima Dana Asing – Hj Aminuddin Yahaya
Makmal-makmal yang menjalankan kajian itu menggunakan beberapa teknik berbeza dalam menghasilkan sel-sel stem yang bersifat seperti janin manusia, yang mana ianya boleh menjadi mana-mana jenis sel dan berkumpul untuk membentuk struktur yang menyerupai janin tanpa memerlukan sperma, telur ataupun proses penyuburan.
Sasaran kajian sedemikian adalah untuk memberikan pendedahan kepada para saintis berkenaan model yang mana sebelum ini kajian berkenaan dengan janin manusia masih belum dilakukan dengan cara ini berikutan kebimbangan berkenaan pematuhan etika.
Mereka yang menjalankan kajian sedemikian turut berharap agar memperolehi penemuan baharu bagi mengenal pasti punca-punca kecacatan kelahiran, kecacatan genetik, ketidaksuburan dan masalah lain sewaktu mengandung.
Sebelum ini terdapat beberapa laporan media yang menyifatkan sel-sel yang baru dihasilkan itu sebagai “janin-janin sintetik” yang dihasilkan dari sel-sel stem dan tidak layak dikelaskan sebagai janin.