Tempatan

Makluman pada ahli Eurocham: Penutupan penuh ekonomi jika kes tak menurun

Sepucuk surat oleh CEO Dewan Perniagaan Eropah-Malaysia (Eurocham Malaysia) Sven Schneider kepada para anggotanya membayangkan kerajaan berhasrat mengumumkan penutupan ekonomi secara menyeluruh selepas 4 Feb, jika bilangan kes Covid-19 di Malaysia terus meningkat.

Seorang sumber Eurocham yang dihubungi Malaysiakini mengesahkan ketulenan surat itu tetapi berkata ia ditujukan untuk edaran di kalangan anggotanya sahaja.

Surat itu mengandungi rumusan mesyuarat “mustahak dan segera” antara Schneider dengan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Luar Negeri (Miti) Lokman Hakim Ali dan para pegawai lain pada 22 Jan lalu, yang antara lain menyebut bahawa Kementerian Kesihatan (KKM) “menyatakan pendirian jelas berhubung penutupan menyeluruh ekonomi”.

Untuk berita penuh, sila klik di sini

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button