Tempatan

Makluman JAKIM, Struktur MKI Antara Perbincangan di Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 02 Julai 2022 – Baru-baru ini Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-259 telah berlangsung selama 2 hari bertempat di Istana Negara, di mana antara isu yang dibincangkan adalah tentang struktur pentadbiran Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI).

Peraturan-peraturan dan struktur pentadbiran MKI seperti jawatan Pengerusi, Naib Pengerusi dan ahli jawatankuasa MKI, telah menjadi antara perbincangan dalam mesyuarat yang bermula Rabu baru-baru ini.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-259 tersebut turut membincangkan tentang beberapa pembentangan kertas makluman oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysua (JAKIM).

Lapor The Star, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, turut memaklumkan bahawa isu-isu penting lain seperti isu keselamatan negara dan kebajikan rakyat.

“Dalam Mesyuarat tersebut, Raja-Raja turut diberikan penjelasan tentang perkembangan terkini berkaitan keselamatan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan pertahanan negara oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Haji Affendi Buang,” jelasnya.

Isu-isu berkaitan penerima Biasiswa Yang di-Pertuan Agong bagi sesi 2022 turut dibincangkan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: