Antarabangsa

Makanan Ultraproses Tingkat Risiko Kanser, Kematian Awal – Kajian

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 04 September 2022 – Memakan makanan ultraproses dengan banyak mampu meningkatkan risiko kanser dan kematian awal, menurut dua kajian yang diterbitkan dalam British Medical Journal, The BMJ.

Berdasarkan kajian itu, lebih 200,000 lelaki dan wanita yang berusia 28 tahun ke atas telah diteliti diet mereka di mana ia menunjukkan makanan ultraproses berkait rapat dengan kanser kolorektal yang menjadi kanser ketiga paling banyak didiagnosis pada lelaki di AS.

Manakala, golongan wanita lebih banyak dikaitkan dengan kanser usus menerusi daging ultraproses seperti salami, ham dan bacon, menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), Persatuan Kanser Amerika dan Institut Penyelidikan Kanser Amerika.

Makanan ultraproses itu juga termasuklah makanan sedia untuk dimakan (RTE) serta makanan kudapan seperti sosej, kentang goreng, kek, gula-gula atau aiskrim.

Walau bagaimanapun, Ahli Epidemiologi Pemakanan dan Sains Data, Fang Fang Zhang dari Friedman School of Nutrition Science and Policy di Universiti Turf Boston mengatakan, “Sesetengah makanan ultraproses adalah lebih sihat seperti makanan bijirin penuh yang rendah gula, yogurt dan makanan tenusu.”

“Kita harus mempertimbangkan untuk menggantikan makanan ultraproses dengan makanan yang tidak diproses atau diproses secara minimum dalam diet kita bagi mencegah kanser, obesiti dan penyakit kardiovaskular,” kata Zhang.

Sementara itu, kajian kedua daripada jurnal itu menunjukkan makanan ultraproses paling berpotensi untuk risiko kematian berbanding makanan yang kurang nutrien, menurut penulis pertama, Marialaura Bonaccio, Ahli Epidemiologi di Jabatan Epidemologi dan Pencegahan di Institut Saintifik Penyelidikan, Hospital dan Kesihatan (IRCCS), Itali.

“Kesan makanan ultraproses agak jelas. Kesan yang diberikan belum diketahui puncanya. Adalah bagus untuk diketahui sebabnya, tetapi sehingga ia dikenalpasti, dinasihatkan untuk mengurangkan pengambilan makanan ultraproses,” lapor Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: