Tempatan

Makanan Haiwan Pula Naik Harga

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 16 Julai 2022 – Makanan haiwan mengalami kenaikan harga susulan daripada gangguan logistik serta peningkatan harga bahan mentah bagi menghasilkan makanan haiwan peliharaan, lapor The Malaysian Insight.

Kata pengusaha kedai haiwan peliharaan JF Paw Doggie House, Force Chea, kenaikan harga berkenaan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan kerana ia telah ditetapkan oleh pembekal serta pengedar.

Malah katanya, produk makanan haiwan yang kebanyakannya datang dari Jepun, Thailand, China dan Eropah turut mempengaruhi kenikan harga tersebut.

“Perbezannya antara RM20 dan RM60 bergantung kepada negara pengeluar,”

“Ada sesetengah jenama naik 10% setiap dua bulan. Tetapi, secara keseluruhan harga produk semua jenama meningkat antara 15% hingga 20% atau lebih,” katanya.

Berikutan itu, beliau meramalkan bahawa pembekal mungkin akan menaikkan lagi harga makanan haiwan itu sekiranya kos bahan mentah turut meningkat.

“Semua harga ditetapkan oleh pembekal, jadi kami terpaksa ikut harga mereka,” tambahnya.

Tambah beliau lagi, susulan kenaikan harga itu kebanyakan pengusaha kedai haiwan peliharaan berusaha untuk mencari jenama lain yang dengan harga mampu milik oleh pelanggan.

Beliau turut menyatakan bahawa kenaikan harga itu menyebabkan jumlah pelanggannya susut sehingga kira-kira 10%.

“Kebanyakan pelanggan sekarang akan tengok dulu harga sebelum beli, tak macam dulu,” ujarnya.

Baru-baru ini, Samudera.my melaporkan di mana gelombang kenaikan harga barangan termasuk makanan di Malaysia dijangka berterusan sehingga awal tahun 2023.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: