Tempatan

Simpan Barang Kawalan, KPDN Temerloh Rampas 37,774 Kilogram Minyak Masak

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TEMERLOH, 22 Jun 2023 – 37,774 kilogram minyak masak dirampas pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Temerloh dalam operasi bersepadu bersama Bahagian Penguatkuasa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) daerah ini, kelmarin.

Menurut Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah KPDN Cawangan Temerloh, Abdul Razak Yahaya, sewaktu pemeriksaan di sebuah premis pemborong barang-barang keperluan di Mentakab, pihaknya mendapati pihak premis menyimpan barang kawalan iaitu minyak masak dalam kuantiti yang banyak serta melebihi had kuantiti yang dibenarkan dalam lesen.

Lantaran itu, pengurus syarikat berkenaan yang juga seorang lelaki ditahan bagi siasatan lanjut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan kes disiasat di bawah Subperaturan 9(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

BACA JUGA: Jerantut Dipilih Sebagai Bandar Rendah Karbon Menjelang 2030

BACA JUGA: Kumpulan Gesa Kerajaan Tidak Letak Sebarang Syarat Untuk Kerakyatan Termasuk Anak Tidak Sah Taraf, Tiada Dokumen

BACA JUGA: Puluhan Peniaga Kecil Buntu, Sewa Gerai Astaka Dinaikkan 2,500 Peratus

Menjelaskan dengan lebih lanjut, akta tersebut mengkehendaki pemborong untuk menjual kepada pemborong atau peruncit kesemua kuantiti barang berjadual dan tidak boleh ada dalam milikannya atau kawalannya barang berjadual yang melebihi kuantiti yang dinyatakan dalam lesen.

Beliau justeru memberi amaran kepada individu mahupun peniaga agar sentiasa mematuhi perundangan yang ditetapkan sambil menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana individu mahupun peniaga yang ingkar.

Jika disabitkan kesalahan, denda sehingga RM1 juta atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali boleh dikenakan sekiranya melibatkan individu manakala bagi syarikat, denda sehingga RM2 juta boleh dikenakan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: