Antarabangsa

Makan Ubat Gastrik Berlebihan Sumbang Penyakit Kronik Perut Di Bangladesh

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

DHAKA, 01 September 2022 – Kadar rakyat Bangladesh yang menghidapi penyakit kronik di bahagian perut semakin meningkat susulan dari pengambilan ubat gastrik yang berlebihan.

Memetik dari sebuah agensi antarabangsa, 90 peratus penduduk negara itu mengambil ubat berkenaan tanpa merujuk kepada doktor, menurut pakar kesihatan awam.

Berdasarkan kajian dari Bangabandhu Sheikh Mujib Medical University (BSMMU), ubat berkenaan menjadi ubat terlaris di Bangladesh apabila penjualan ubat itu mencecah Taka 34.18 bilion (AS$360 juta) pada tahun lalu.

Menurut kajian itu lagi, 45 peratus kes ulser gastrik di Bangladesh adalah disebabkan oleh pengambilan ubat gastrik yang berlebihan di mana ia akan mengakibatkan kekurangan kalsium, magnesium, vitamin-12 beserta zat besi.

“Penggunaan urea bagi penghasilan beras boleh menyebabkan kerosakan pada sel membrane dan menimbulkan masalah dalam perut,” kata Benazir Ahamed, bekas Pengarah Kawalan Penyakit di Direktorat Jenderal Perkhidmatan Kesihatan (DGHS).

Bangladesh merupakan antara negara dengan kadar malnutrisi tertinggi di dunia diikuti dengan sistem pengairan yang tidak dibangunkan dengan baik di mana hanya 29 peratus sahaja daripada mereka mempunyai akses kepada sumber air yang selamat. Manakala penduduk lain hanya bergantung kepada sumber air telaga yang mempunyai kadar pencemaran E. Coli yang tinggi.

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: