Tempatan

Makan Pakai Sudu Garfu, Melayu Sudah Bertamadun

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 26 Julai 2023 – “‘Individu ini menulis dalam Bahasa Cina;
“Orang Melayu dulu makan pakai tangan, tapi beberapa tahun kebelakangan ini, anda akan dapati ramai sudah tahu guna sudu dan garfu, sudah bertamadun.’
Apakah penulis ini memaksudkan bahawa Melayu itu tidak bertamadun apabila menggunakan tangan untuk makan & hanya menjadi bertamadun apabila menggunakan sudu & garfu? ”

Ini tempelakan pendakwah bebas, Firdaus Wong Hai Hung ke atas satu posting seorang pengguna media sosial bernama Ak Ang.

BACA JUGA: 69 Tahanan SOSMA Ancam Mogok Lapar 30 Julai Ini

BACA JUGA: PERHATIAN: Lebuhraya KL-Karak Ditutup Buat Sementara

BACA JUGA: Syarikat Elon Musk, Starlink Dibenar Beroperasi 100% Milik Asing – SKMM

Menurut kenyataan dari individu tersebut yang diterjemah ke dalam Bahasa Melayu oleh Firdaus Wong, “…mereka yang ada sudu dan garfu tetapi tidak guna dan makan dengan tangan, semuanya berlakon”.

Berikutan itu, pendakwah bebas itu mengingatkan kepada Ak Ang bahawa, kita ini hidup di Malaysia, masyarakat majmuk berbilang bangsa & agama. Tiada apa pun yang boleh diibanggakan sangat kerana tiada seorang pun yang memilih untuk dilahirkan dalam mana-mana bangsa sekalipun

Teguran Firdaus Wong ini turut dipersetujui oleh netizen. Beberapa pengguna media sosial menegaskan, makan dengan tangan tidak ada kena mengena dengan tamadun.

“Cara mkn samada dgn tangan atau sudu dan garpu tiada kena mengena dgn tamadun.” Ini komen dari Cer Mei Ern, seorang pengguna media sosial.

Arshad Tan, seorang lagi pengguna Facebook pula berkata, “Setuju sgt2 dgn #UstazFidausWong. Makan guna tangan tiada kena mengena ketamadunan org Melayu. Ianya adalah ajaran #AgamaIslam. Semua org Islam digalakkan makan menggunakan tangan. Dari segi kesihatan pun ade kebaikan nya.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: