Antarabangsa

Makan Anjing Tidak Patut Diharamkan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

INDONESIA, 25 Julai 2022 – Sejumlah rakyat Indonesia menolak cadangan bahawa memakan anjing sebagai suatu perkara yang perlu diharamkan susulan daripada usaha kumpulan hak asasi yang membantah perdagangan daging anjing.

Menurut seorang pekerja awam, Silas Sihombing, dia telah memakan daging anjing sejak kecil dan dia tidak melihat bahawa daging itu perlu diharamkan kerana dagingnya yang dianggap lazat.

Lapor Al-Jazeera, restoran daging anjing terdapat di seluruh Medan kerana ia merupakan citarasa terkenal oleh Orang Asli Batak.

Seorang penulis dan aktivis makanan, Dicky Senda dari Mollo, Nusa Tenggara Timur pula berkata, perdagangan daging anjing telah berleluasa di wilayah tersebut sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, hasil penyelidikannya menunjukkan secara tradisinya orang Mollo tidak memakan anjing kerana haiwan tersebut dianggap sebagai kawan dan saudara.

Namun, sejak kebelakangan ini haiwan berkenaan semakin menjadi pilihan untuk dimakan.

Tambahnya, restoran anjing di wilayah berkenaan kian mengecapi populariti yang tinggi hingga peniaga bergelut dengan bekalan dan permintaan.

Daging anjing ini kebanyakannya dimakan oleh mereka yang beragama Kristian yang datang dari daerah Sumatera Utara, Sulawesi Utara serta Nusa Tenggara Timur di mana 9 peratus daripada penduduknya beragama Islam, lapor akhbar berkenaan.

Menurut Dog Meat Free Indonesia, sebuah organisasi yang berkempen menentang perdagangan daging anjing, dianggarkan sebanyak 7 peratus dari rakyat Indonesia memakan daging anjing.

Lapornya, dianggarkan sebanyak satu juta ekor anjing telah ditangkap secara kejam di seluruh Indonesia setiap tahun.

Malah, katanya, perdagangan daging anjing itu tidak seiring dengan usaha untuk mengawal dan menghapuskan penyakit anjing gila yang mampu membawa kesan buruk kepada kesihatan manusia dan haiwan.

April lalu, seorang pengedar anjing yang terlibat dalam pembekalan dan penyembelihan anjing untuk makanan manusia telah didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 17 bulan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: