Tempatan

Sumpah YDPA Menunjukkan Malaysia Adalah Negara Islam – Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 18 April 2021 – Penasihat Gabungan Mi’raj, Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari berkata, hukuman bunuh terhadap golongan murtad bukan suatu kezaliman.

Hal ini kerana menjaga agama (Hifzuddin) adalah agenda yang terutama untuk diperjuangkan bagi negara Islam.

“Tidakkah suatu kezaliman murtad dijatuhkan hukuman bunuh, sebenarnya, agama adalah sesuatu yang dipandang tinggi di dalam Islam, maka apabila Islam sebagai agama negara, YDPA telah mengambil sumpah dengan nama Allah, dan berikrar bersumpah menegakkan hukum-hakam Allah SWT, maka Hifzuddin adalah agenda yang terutama untuk diperjuangkan, maka seseorang yang keluar dari Islam dipandang sebgai kekalahan yang paling utama, besar dan ingin dijatuhkan hukuman mati, maka ia adalah sesuatu yang berbaloi.”

Menurut beliau, apabila Yang di-Pertuan Agong (YDPA), selaku pemegang jawatan tertinggi dalam negara sudah bersumpah dengan nama Allah SWT, maka seluruh daripada kementeriannya, jabatan pentadbirannya, dan menteri-menterinya hendaklah mengikut kepada apa yang telah diambil sumpah oleh YDPA.

Jelas menunjukkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam.

“Diambil nama Allah untuk pertabalan jawatan tertinggi dalam sebuah negara, ia memberikan gambaran yang jelas, kenyataan yang jelas bahawa negara ini adalah negara Islam.”

Tambah beliau, “Islam bukan sekadar agama rasmi, tetapi Islam adalah agama Persekutuan, agama negara. Agama rasmi sesuatu yang tiada weight, longgar kerana menunjukkan lebih kepada Islam digunakan untuk adat istiadat rasmi jadi Islam itu sebagai penyeri, sebagai penempel kepada majlis-majlis tersebut.”

Justeru, adalah satu penderhakaan apabila kementerian ataupun jabatan pentadbiran negara mengambil keputusan yang bercanggah dengan roh Islam itu sendiri, kata beliau lagi dalam program Wawancara Kenegaraan Untuk Pengukuhan Agama, Bangsa Dan Tanah Air anjuran Jabatan Mufti Negeri Pahang dengan kerjasama Sekretariat Muwosalah Muafakat Ulama Ahlus Sunnah Wal Jamah Memperkasa Institusi Raja Melayu (MAMPIR) 10 April lalu.

“Amat malang jika YDPA yang bersumpah dengan nama Allah tapi ada daripada jabatan-jabatan, kementerian-kementerian tertentu apabila ambil keputusan bercanggah dengan roh Islam itu sendiri adalah satu bentuk penderhakaan dan ia tidak membantu apa yang telah diambil sumpah oleh YDPA,” tegas Ustaz Iqbal mengakhiri kenyataan.

Selain Ustaz Iqbal, antara yang hadir dalam program Wawancara Kenegaraan Untuk Pengukuhan Agama, Bangsa Dan Tanah Air yang disiarkan menerusi Facebook Live adalah Mufti Negeri Pahang, Dato’ Seri Dr. Haji Abdul Rahman Bin Haji Osman, Pengarah Institut Tamadun & Kajian Strategik UMP, Datuk Profesor Madya Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain, Pensyarah Fakulti Undang-Undang & Hubungan Antarabangsa UniSZA, Prof Dato’ Mahamad Naser Disa dan Timbalan Ketua Umum Sekretariat Mi’raj, Tuan Mohammed Fared Hassan yang bertindak sebagai moderator.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: