Tempatan

12 Ogos, Tarikh Mengundi 6 Negeri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 05 Jun 2023 – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri adalah pada 12 Ogos ini.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, hari pengundian akan berjalan serentak bagi kesemua enam negeri yang terbabit iaitu di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

BACA JUGA: Menteri Rempuh Imigresen: Tidak Hormat Penjawat Awam, Langgar Bidang Kuasa Kementerian Lain

BACA JUGA: Peniaga Uptown Pahlawan Walk Bakal Dipindahkan Tidak Benar – Rais

BACA JUGA: 197 Kawasan Hotspot Bencana Alam Dikenal Pasti Di Perak

“Hari penamaan calon pula ditetapkan pada 29 Julai manakala pengundian awal pada 8 Ogos,” katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Khas SPR di sini hari ini.

Mesyuarat Khas SPR telah diadakan hari ini susulan penerimaan notis pembubaran rasmi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada Speaker DUN enam negeri berkenaan.

Menurut beliau, seramai 9,773,571 pemilih terlibat dalam PRN kali ini mengikut data terkini Daftar Pemilih Tambahan April 2023 yang dikemaskini sehingga 21 Jun lalu.

Sebelum ini, Kelantan terlebih dulu membubarkan DUN iaitu pada 22 Jun lalu, diikuti Selangor 23 Jun manakala Pulau Pinang, Kedah dan Terengganu masing-masing pada 28 Jun dan Negeri Sembilan pada Sabtu lalu (1 Julai).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: