Tempatan

Minyak Sawit Bukan Pembunuh Orang Utan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 21 Ogos 2022 – Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Zuraida Kamaruddin mengatakan bahawa aktiviti pemburuan merupakan penyumbang utama kepada kepupusan hidupan liar dan bukannya minyak sawit.

Beliau memberi kenyataan itu bagi menyangkal kepada dakwaan sesetengah pihak yang menyifatkan minyak sawit sebagai ancaman terbesar kepada haiwan liar dan juga didakwa sebagai pembunuh orang utan.

Kata beliau, terdapat kenyataan provokatif yang disebarkan menerusi kempen menyelamatkan orang utan dengan mengatakan “kawasan hutan hujan seluas 300 padang bola ditebang setiap jam bagi memberi laluan kepada pengeluaran minyak sawit,”.

Bukan itu sahaja, ada juga yang mengatakan “27 orang utan mati setiap hari,” dan “orang utan akan pupus dalam tempoh lima hingga 10 tahun.”

Tambahnya, aktiviti pemburuan itu menjadi punca kepada kemerosotan jumlah orang utan di Borneo sejak 200 tahun yang lalu di mana pembangunan minyak sawit hanya bermula sekitar 1970-an.

“Walaupun memang benar orang utan di Borneo menjadi spesies yang diancam kepupusan, namun banyak lagi spesies haiwan lain juga diancam kepupusan disebabkan pertambahan populasi manusia di muka bumi,” katanya.

“Dalam kajian yang dijalankan oleh Statista, bukan sahaja orang utan malah semua hidupan liar di seluruh dunia terancam. Ia tidak terhad kepada spesies monyet atau haiwan lain yang mempunyai habitat di Borneo sahaja, tetapi seluruh Amerika Utara, Eropah, Asia Tengah, Amerika Latin, Caribbean dan Afrika,” jelasnya.

Malahan, sebanyak 43 kilometer persegi tanah dilindungi di pinggir Hutan Kabili Sepilok di Sabah telah diperuntukkan oleh Kerajaan Malaysia bagi tujuan sebaagai tapak pemuliharaan untuk orang utan, kata Zuraida.

“Ketika ini kira-kira 60 hingga 80 orang utan hidup bebas di hutan simpanan itu, manakala 25 orang utan ditempatkan di pusat jagaan,” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, Yayasan Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit Malaysia (MPOGCF) telah diwujudkan menerusi Majlis Minyak Sawit Malaysia sebagai platform mampan yang mencerminkan komitmen industrj ke  arah memastikan pemain minyak sawit dan pekebun kecil kekal dengan amalan mapan yang dibiayai oleh industri minyak sawit melalui kutipan cukai.

Sebagai usaha untuk membantu menyelamat dan memulihara hidupan liar, beliau berkata MPOGCF turut bekerjasama dengan Jabatan Hidupan Liar Sabah dengan mewujudkan Unit Penyelamat Hidupan Hidupan Liar yang berperanan untuk menyelamatkan dan memindahkan haiwan liar yang terancam termasuk orang utan.

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: