Antarabangsa

Majlis Perbandaran Roboh Masjid Dengan Bantuan Polis Di India

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TELANGANA, 03 Ogos 2022 – Sebuah masjid di Shamshabad, Telangana di Selatan India dilaporkan telah diroboh menggunakan jentolak oleh pihak Majlis Perbandaran dengan bantuan pihak polis.

Ketua Majlis Bachao Tehreek (MBT), Amjedullah Khan yang melawat ke tapak kejadian mendakwa bahawa kerja-kerja merobohkan Masjid-e-Khaja Mehmood itu telah dilakukan pada jam 3 pagi.

Tambah ketua partik politik Muslim itu, pihak berkuasa yang memerintah di Telangana adalah parti Telangana Rashtra Samithi (TRS) dan beliau mendakwa parti tersebut mengikut jejak langkah parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dengan memusnahkan masjid dan perkuburan Islam.

“Banyak masjid dan tanah perkuburan telah dirobohkan semenjak parti Telangana Rashtra Samithi (TRS) ada di Telangana.”

Menurut Amjedullah Khan, Masjid-e-Khaja Mehmood tersebut telah dibina semula tiga tahun lalu dan solat lima waktu sudah diadakan di masjid tersebut selain majoriti penduduk yang tinggal di sekitar masjid tersebut adalah orang Islam.

Sebelum ini, sebuah madrasah di kampung Jebra di Amroha dirobohkan oleh pihak pentadbiran Uttar Pradesh selepas menerima aduan daripada orang bukan Islam di kampung itu kerana solat dibaca melalui pembesar suara.

Selain itu, seorang aktivis dari kumpulan Akhil Bharat Hindu Mahasabha (ABHM), Pooja Shakun Pandey pernah menuntut masjid dirobohkan menggunakan jentolak.

“Tuntutan kami yang ketiga adalah, pada hari Jumaat, setiap kali ada rusuhan selepas ucapan keagamaan, masjid itu perlu dirobohkan dengan bulldozer,” demikian kenyataan Pooja Shakun Pandey yang menuntut tiga perkara kepada Presiden India, Ram Nath Kovind.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: