Majlis Peguam Memalukan Diri Sendiri – Lukman Sheriff
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
Peguam, Lukman Sheriff menyatakan Majlis Peguam memalukan diri sendiri dalam pernyataannya berkenaan kes Hakim Nazlan.
Sebelum ini Presiden Majlis Peguam, Karen Cheah menyatakan, siasatan oleh MACC ke atas kes Hakim Nazlan adalah tidak berperlembagaan. Mengikut Presiden Majlis Peguam, ini bercanggah dengan doktrin pemisahan kuasa.
Datuk Zaid Ibrahim telah menyangkal pendirian badan peguam dengan menyatakan bahawa kalau sedemikian, tiada tindakan boleh diambil oleh SPRM ke atas Ahli Parlimen juga kerana bercanggah dengan doktrin pemisahan kuasa. Peguam Haniff Kathri pun menyangkalnya menyatakan bahawa hakim boleh disiasat oleh MACC dan tiada siapa yang boleh mengatasi undang-undang termasuklah hakim. Siasatan MACC adalah mengikut Perlembagaan.
SPRM kemudiannya mengeluarkan kenyataan bahawa mereka telah diperuntukkan kuasa dengan nyata untuk menyiasat hakim mahkamah tinggi, rayuan dan persekutuan. Ini bidang kuasa yang dilaksanakan selama ini.
Lukman menyatakan selama bertahun-tahun lamanya SPRM mempunyai kuasa menyiasat korupsi hakim dan wakil rakyat dan pelbagai siasatan dibuat, kenapa tiada pula dibangkitkan isu keperlembagaan ini. Tiba-tiba Majlis Peguam menyatakan SPRM tidak boleh siasat hakim sebab memberi kesan kepada kebebasan kehakiman.
Kata beliau, “Ini sungguh tak logik.” Takkan Bar council tak baca peruntukan undang-undang (SPRM pula?)
“Memalukan. Akta ini dah lebih 10 tahun takkan baru nak kata unconstitutional. Majlis Peguam senyap selama 10 tahun sesuatu yang tidak berperlembagaan?” kata Lukman.
Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Samudera.my