Tempatan

Majlis Peguam Ditegur ‘Buat Bodoh’ Salah Guna Kuasa, Tun M, Tommy

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 04 Disember 2022 – Majlis Peguam ditegur ‘buat buat tak nampak’ dan tidak pernah mengulas lanjut berhubung dakwaan salah guna kuasa yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Menurut pentadbir laman Facebook Najib Razak, pada 2018 dan 2019, Dr Mahathir dan Tommy langsung tidak mengendahkan sebarang pilihan dan cadangan lantikan hakim-hakim kanan daripada Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC).

Tambahnya, semua cadangan JAC ditolak ke tepi oleh kedua-dua individu tersebut ketika itu.

“JAC cadang sembilan pilihan pada tahun 2018 dan 2019, Dr Mahathir dan Tommy lantik sembilan orang berlainan pula.”

“Antaranya, pada 13 Jun 2018, JAC cadangkan nama Tan Sri Azahar Mohamad sebagai Ketua Hakim Negara. Tapi lantikan Dr Mahathir dan Tommy pula ialah Tan Sri Richard Malanjum yang hanya tinggal beberapa bulan lagi sebelum bersara wajib,” tulisnya menerusi sebuah hantaran di Facebook.

Turut didedahkan, pada 18 Mac 2019, JAC mencadangkan Tan Sri Ahmad Maarop sebagai Ketua Hakim Negara untuk menggantikan Richard yang bersara namun Mahathir dan Tommy melantik Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebagai ganti.

“Jadi apa gunanya JAC jika cadangannya terus ditolak ke tepi? Ini yang Bar Council buat tak nampak dan tidak pernah memberi sebarang komen berkenaan salah guna kuasa Mahathir dan Tommy.”

Dalam hantaran yang sama, Kerajaan baharu turut digesa supaya mengenakan tindakan terhadap dua individu berkenaan atas kesalahan melanggar Akta JAC 2009.

Baru-baru ini, Presiden Majlis Peguam, Karen Cheah menggesa pindaan Akta JAC 2009 dan Perlembagaan Persekutuan bagi memastikan kebebasan badan kehakiman yang lebih luas.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: