Majlis Kerjasama Negara-Negara Teluk Bersidang Dengan Kumpulan Negara Asia Tengah
ARAB SAUDI, 20 Julai 2023 – Negara-negara Teluk beserta dengan beberapa negara Asia Tengah telah memeterai hubungan politik, keselamatan dan ekonomi pada Rabu lalu sewaktu persidangan GCC-C5 Summit di Jeddah.
Persidangan tersebut adalah sebuah sesi pertemuan di antara negara-negara ahli Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan para pemimpin tertinggi Uzbekistan, Turkmenistan, Kazakhstan, Tajikistan serta Krygyztan.
Menerusi persidangan tersebut, negara-negara yang terlibat telah meluluskan pelan tindakan bersama bagi dialog dan kerjasama strategik di antara negara ahli GCC dan negara-negara Asia Tengah selama empat tahun iaitu pada 2023 sehingga 2027.
BACA JUGA: Taikun Hartanah Dibenarkan Tukar Sebahagian Bangunan Ikonik London Menjadi Masjid
BACA JUGA: Gelombang Haba Ekstrem, 1/3 Penduduk AS Terkesan
BACA JUGA: Gunung Berapi Mayon: Lebih 1,600 Mangsa Dipindahkan Alami Jangkitan Pernafasan Akut
Menerusi kenyataan bersama yang dibuat di akhir persidangan tersebut, para pemimpin kedua-dua blok itu telah menekankan tentang kepentingan memperkasakan hubungan strategik dan politik pada tahap kolektif serta dua hala.
Kenyataan yang sama juga telah menekankan tentang penerusan koordinasi dalam mencapai kestabilan serta keselamatan serantau dan juga pada tahap antarabangsa.
Selain itu, penekanan juga turut diberikan terhadap kepentingan menghadapi cabaran serta berusaha dalam memastikan fleksibiliti di dalam bidang-bidang seperti jaringan penawaran sehinggalah kepada keselamatan makanan.
Persidangan yang sama turut menzahirkan keprihatinan tentang retorik perkauman dan islamofobia yang semakin meningkat serta berkenaan tindakan-tindakan keganasan yang dilakukan terhadap warga Muslim minoriti serta simbol-simbol Islam.
Kerjasama ekonomi di antara GCC dan Asia Tengah kini semakin erat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kedua-dua rantau tersebut mempunyai ekonomi yang bersifat pelengkap di mana negara-negara GCC kaya dengan gas dan minyak manakala Asia Tengah pula mempunyai tenaga kerja yang muda dan berkembang.