Antarabangsa

Warga Asing Sudah Mula Keluar Ikut Rafah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RAFAH, 02 November 2023 – Pemindahan pertama warga asing dari wilayah Palestin yang dilanda perang selepas pencerobohan udara oleh rejim Israel dibenarkan keluar melalui Rafah pada hari Rabu, yang kebanyakannya terdiri daripada wanita dan kanak-kanak, kata seorang pegawai kepada AFP.

Rakyat AS adalah antara ratusan warga asing yang membanjiri pintu di sempadan Gaza itu untuk melintasi Mesir, ini adalah kali pertama menandakan orang yang terperangkap di dalam Gaza sejak pencerobohan udara oleh rejim Israel dibenarkan untuk keluar meninggalkan Gaza.

Dilaporkan terdapat pemegang pasport dari 44 negara, serta 28 agensi termasuk badan PBB yang tinggal di Semenanjung Gaza, yang telah mengalami lebih daripada tiga minggu detik mengerikan siri pengeboman rejim Israel yang tidak henti-henti.

Menurut kementerian kesihatan di Gaza yang dikendalikan oleh Hamas, lebih 8,500 orang telah terbunuh dalam pengeboman rejim Israel itu dan dua pertiga daripadanya terdiri dari wanita dan kanak-kanak.

Wilayah itu juga mengalami kekurangan keperluan manusia yang paling asas seperti makanan dan minuman. Malahan juga tiada Internet, tiada telefon, tiada alat komunikasi dan terputus bekalan elektrik berikutan sekatan penuh oleh rejim Israel.

Keputusan untuk membuka pintu keluar di Rafah itu hanya dibuat beberapa jam selepas serangan rejim Israel ke atas kem pelarian terbesar di Gaza, di mana kementerian kesihatan menyatakan sekurang-kurangnya 50 orang terbunuh.

Dalam satu kenyataan Kementerian Luar Mesir pada hari Selasa, ia mengutuk serangan rejim Israel ke atas kem Jabalia dan turut memberi amaran terhadap kesan dan akibat daripada penerusan serangan yang menyasarkan orang awam yang tidak berdaya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: