Tempatan

Majikan Mengeluh Tiada Pekerja, Bila Ada Tawar Gaji Sikit

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 02 September 2022 – “Mengeluh tak ada pekerja, tapi bila ada, tawar gaji sikit. Tahap pendidikan pun sekarang dah tak nak pandang, tahap Degree pun bagi gaji minimum. Kemudian bising tak ada pekerja. Ramai kawan yang Degree tapi kerja kilang sebab gaji banyak dari kerja bawah bidang belajar,” ujar Sabs, dalam laman Twitternya.

Perkara ini diluahkannya susulan satu isu berbangkit dalam laman media sosial itu yang membincangkan tentang keluhan industri yang gagal mendapatkan calon pekerja yang mahu maju bersama syarikat.

“…ikut data, siswazah ramai menggangur. Tapi masa aku balik Malaysia hari tu & terima lawatan-lawatan industri, industri mengeluh tak dapat jumpa calon pekerja yang mahu maju bersama-bersama diorang. Ada sesuatu yang kita boleh bincangkan untuk cari kenapa ni berlaku,” kata Aid Fawzal, Pakar Dinamik Bendalir & Pemindahan Haba.

Kata Sabs lagi, industri kononnya mengalu-alukan graduan baharu untuk memohon, namun, dalam masa yang sama, mereka mahukan calon yang mempunyai satu hingga dua tahun pengalaman kerja.

“Majikan sekarang fikir nak ambil pekerja tapi kedekut. Kalau cakap budak sekarang lemah, kenapa ramai kerja kilang yang kerja lagi teruk? Sebab gaji. Zaman sekarang semua mahal. Agak-agak la nak bagi gaji basic je,” kata Eksekutif Perakaunan itu lagi dengan nada kecewa.

Menurut Pengarah Agensi Pekerjaan Asia Recruit Sdn Bhd, Nicholas Chong Biing Shi, ramai rakyat Malaysia memilih untuk bekerja di Singapura kerana pakej gaji yang ditawarkan di negara ini tidak setimpal dengan pengalaman dan kelayakan mereka.

Walaupun kos sara hidup di Singapura adalah tinggi, tetapi para pekerja boleh menghadapinya kerana faktor gaji yang tinggi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: