Tempatan

Majikan Halang Pekerja Solat — MACSA

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 28 Januari 2022 – Gabungan Organisasi Masyarakat Sivil Dalam Proses Semakan Sejagat (MACSA) melaporkan menerima beberapa laporan mengenai majikan menghalang para pekerja daripada menunaikan ibadah solat dalam waktu kerja.

Walaupun Jabatan Tenaga Kerja (JKT) telah menggariskan para pekerja perlu diberi 20 minit pelepasan untuk solat fardhu biasa dan 1 jam 30 minit bagi solat Jumaat, namun garis panduan itu hanyalah cadangan semata-mata dan tiada sebarang hukuman sekiranya majikan ingkari, menurut MACSA lagi.

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan

BACA: Dos Penggalak Mungkin Bawa Penderitaan: “Istikharah Dahulu” – Mufti Perlis

MACSA turut memetik kisah Khalid Amir (bukan nama sebenar), seorang penyelia logistik di syarikat penjualan kereta dari Jepun membuat aduan bahawa pegawai atasannya sentiasa mengganggu dan menghalang beliau setiap kali mahu menunaikan ibadah solat dalam waktu bekerja sepertimana yang telah disiarkan oleh New Straits Time.

“Bos-bos saya sentiasa telefon saya waktu saya bersolat untuk beritahu saya yang stok-stok baru sudah pun sampai.”

“Saya tidak bangkitkan perkara ini ke Jabatan Sumber Manusia kerana ramai di antara mereka adalah bukan Muslim. Sebaliknya, saya tinggalkan syarikat itu.”

MACSA juga melaporkan bahawa Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mengesahkan menerima aduan daripada seorang pekerja di Hond Tat Industries Sdn. Bhd. (Hond Tat) berkenaan memo larangan solat bagi umat Islam dalam waktu bekerja.

Menurut Presiden MTUC Abdul Halim Mansor, beliau menerima gambar memo yang menyatakan pekerja syarikat itu tidak dibenarkan sembahyang kecuali pada waktu makan tengah hari dan akan didenda RM500 untuk setiap kesalahan.

Peristiwa ini telah direkodkan oleh MACSA dalam Laporan Separuh Penggal mengenai Kitaran Ketiga Penilaian Berkala Sejagat (UPR) yang diterbitkan pada Januari 2022.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: