Antarabangsa

Majalah Berpengaruh Washington Dedah Ketuanan Yahudi, Sisi Aparteid Negara Haram Israel

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 18 April 2023 – Sebuah majalah dari Amerika Syarikat (AS) yang berpengaruh, Foreign Affairs telah mendedahkan bahawa Israel ialah sebuah rejim aparteid yang telah mendiskriminasi kumpulan bukan Yahudi secara sistematik.

Perkara tersebut telah dizahirkan menerusi sebuah artikel yang ditulis oleh Michael Barnett, Nathan Brown, Marc Lynch dan Shibley Telhami yang mana ianya memaparkan tentang perubahan seismik yang berlaku dalam kalangan polisi pimpinan hari ini.

BACA JUGA: Op Lancar Jalan Persekutuan Ipoh-KL: Polis Tidak Teragak-Agak Keluar Saman

BACA JUGA: Bekalan Air Capai Paras Maksimum, Rakyat Diminta Simpan Air Raya Ini

BACA JUGA: Cuaca Panas: Kementerian Sumber Asli Nasihat Orang Ramai Jimat Penggunaan Air

Artikel yang bertajuk “Israel’s One-State Reality” itu menjelaskan situasi di Palestin serta bagaimana Israel mula mengamalkan dasar aparteid. Tulisan yang sama juga menyatakan bahawa apa yang sebelum ini “tidak dapat dikatakan”, kini adalah “tidak dapat dinafikan”.

Tulisan yang ditulis oleh para profesor dalam bidang Timur Tengah itu mengatakan bahawa rancangan Satu-Negara bukanlah sebuah kemungkinan untuk masa akan datang, namun ianya sebenarnya telah wujud dan berlaku. Artikel tersebut seterusnya menyatakan,

“Antara Laut Mediterranean dan Sungai Jordan, Satu-Negara mengawal masuk dan keluarnya manusia dan barangan, mengawasi keselamatan dan mempunyai kemampuan untuk mengenakan keputusan-keputusannya, undang-undangnya serta polisi-polisinya terhadap jutaan manusia tanpa kebenaran mereka”.

Para penulis artikel tersebut juga menyatakan bahawa Israel telah terperangkap di dalam sebuah sistem ketuanan Yahudi, di mana bukan Yahudi adalah mangsa diskriminasi dan kebanyakan orang bukan Yahudi ini hidup di bawah perpecahan, dominasi dan perpisahan yang dahsyat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: