Tempatan

MAIS Kalah Rayuan Terakhir Pertahan Keislaman 5 Kanak-Kanak

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 26 Januari 2022 – Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) untuk mempertahankan status penukaran agama lima orang kanak-kanak kepada Islam.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh YAA Tun Tengku Maimun Tuan Mat hari ini memutuskan bahawa penukaran agama anak memerlukan persetujuan kedua-dua belah pihak, iaitu ibu dan bapa anak tersebut.

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Surau-Surau Jerit Azan Sesama Sendiri. Sangat Bising – Siti Kasim

BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan

BACA: Sami India Seru Bunuh Umat Islam Dalam Sidang Kemuncak

Kes ini melibatkan seorang bapa yang menukarkan agamanya kepada Islam kemudian mengislamkan lima orang anaknya pada tahun 2018. Isteri lelaki tersebut mendakwa bahawa beliau tidak dimaklumkan akan hal tersebut dan hanya mendapat makluman pada lewat tahun 2019.

Mahkamah Persekutuan merujuk kepada penghakiman kes Indira Gandhi di mahkamah yang sama pada tahun 2018 sebagai sandaran dalam menghakimi kes awal hari ini.

“Permasalahan yang dihadapkan kepada mahkamah ini telah diselesaikan oleh mahkamah ini dalam perbicaraan kes Indira Gandhi. Mahkamah sebelum ini adalah benar dalam merujuk kes Indira Gandhi,” ujar YAA Tun Tengku Maimun.

Keputusan ini medapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial, dimana seorang pengguna laman Twitter menzahirkan kekecewaan beliau atas keputusan tersebut. Beliau memuatnaik dalam ciapannya.

“Ya… Satu lagi keputusan mahkamah manusia… nantikan sahaja penghakiman tuhan….,” luah pengguna tersebut.

Ada juga pengguna yang menyambut baik keputusan tersebut, di mana seorang pengguna laman Facebook menyatakan:

“MAIS ni mengapa sibuk sangat nak convert budak bawah umur tanpa persetujuan kedua-dua ibu bapa?” ujar beliau.

Leave a Reply

Back to top button