Tempatan

MAIS Berjaya Pertahan Keislaman Wanita, Mahkamah Sivil Tiada Hak Kata Hakim

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 16 Januari 2023 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Kerajaan Negeri berjaya mempertahankan keislaman seorang wanita berusia 37 tahun, lapor berita tempatan.

Dalam keputusan majoriti 2-1 yang disampaikan secara dalam talian oleh panel Mahkamah Rayuan, dipengerusikan oleh hakim Yaacob Md Sam dan Mohd Nazlan Ghazali, keputusan telah memihak kepada MAIS dan kerajaan Selangor untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan penukaran agama wanita itu.

Nazlan berkata, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah memutuskan bahawa wanita itu masih beragama Islam, menjadikannya kes pelepasan di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Tambah beliau, Mahkamah Sivil juga tidak mempunyai kuasa semakan kehakiman ke atas Mahkamah Syariah seiring Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan bahawa Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidang kuasa ke atas perkara di bawah bidang Mahkamah Syariah.

Ujarnya, penentuan kehakiman oleh Mahkamah Syariah bahawa seseorang itu masih Islam, seperti kes wanita berkenaan, bermakna dia seorang Islam dan bukannya tidak pernah beragama Islam.

BACA JUGA: Menang Golden Globes, Michelle Yeoh Ucap Terima Kasih Kepada ‘King and Queen’

BACA JUGA: Kemelut Harga Ayam, Menteri Minta Rakyat Bersabar

BACA JUGA: Mariam Mokhtar Dakwa Ketua Puteri UMNO ‘Delusional’

Walaupun mendapat tentangan Hakim P Ravinthran, Nazlan menegaskan bahawa keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan keputusan Mahkamah Syariah adalah salah dan tidak boleh dikekalkan.

Terdahulu, pada 12 Disember 2013, wanita itu memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur untuk meninggalkan Islam namun ditolak pada 2017. Dia kemudiannya memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam dan berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam pada 4 April tahun lalu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: