Tempatan

Ideologi Pelampau Menentang Islam Bukan Perkara Baru Dan Bukan Saja Dari India – Profesor Dato’ Mahamad Naser Disa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 20 April 2022 – “Kemasukan ideologi-ideologi pelampau yang menentang Islam ini bukan perkara baru dan bukan saja dari India,” tegas mantan Peguam Kanan Persekutuan, Profesor Dato’ Mahamad Naser Disa.

Menurutnya, sejak tercetusnya isu penyalahgunaan nama suci Allah, gerakan kelompok pelampau Kristian sudah menjadi ancaman keselamatan yang serius.

Jelas beliau, pada tahun 2010 sebaik sahaja mereka menang dalam kes Kalimah Allah round pertama di Mahkamah Tinggi, sekelompok aktivis Kristian Evangelis telah berkunjung ke Indonesia untuk mengikuti ceramah-ceramah provokasi oleh seorang pastor di Indonesia yang menyeru pengikut Kristian di Malaysia untuk menganjurkan perhimpunan terbuka besar-besaran yang dinamakan “Outdoor Crusade“.

“Fikirkan apa roh semangat yang cuba disemai dalam minda pengikut Kristian Evangelis di Malaysia jika semangat “crusade” yang mereka semaikan?”

Dato’ Mahamad Naser berkata, perhimpunan “Outdoor Crusade” itu telah diadakan di kawasan parkir Stadium Bukit Jalil. Lebih 15 ribu belia Kristian Evangelis hadir dan menyanyi serta meneriakkan “We want to take this city (Kuala Lumpur), Take it for your (Jesus) glory!

Beliau berkata, sebelum itu, perhimpunan-perhimpunan Hindraf juga berleluasa. Hingga mereka menaikkan semangat Hindu Raya bagi kawasan Asia Tenggara dan menyemai tekad menegakkan kedaulatan Hindu Raya termasuk di Malaysia.

Jelasnya lagi, seruan-seruan sebegini hakikatnya menyemai tekad menghakis kedaulatan Raja-Raja Melayu dan jelas melanggar Bab VI Kanun Keseksaan.

“Sikap membiarkan gejala treason sebegitu berleluasa amat mudah difahami. Politik, iaitu keghairahan mencari undi mereka mengakibatkan pengaruh politik Islam semakin lemah dan berpecah.”

Apa yang dikesalkan, mereka yang berkuasa ini semuanya Melayu Islam.

Menurut Dato’ Mahamad Naser, beliau sendiri pernah mendedahkan isu ancaman keselamatan gerakan Radical Evangelist For Christian State (RECS) ini dalam Putrajaya International Security Dialouge (PISD) pada Januari 2018, tapi tiada siasatan lanjut.

“Sedangkan pernyataan tekad untuk hapuskan Pemerintahan Beraja Melayu Islam ini sudah terang lagi bersuluh menjadi kesalahan besar di bawah Bab VI Kanun Keseksaan. Malangnya tindakan tegas itu tidak berlaku,” ujarnya.

Hatta, ketika Pastor Ramiro Pena membuat perjumpaan sulit dengan pastor-pastor gereja, mereka mengangkat ikrar untuk tegakkan negara Kristian di Malaysia.

“Masih sama, tiada siasatan oleh pihak berkuasa. Berlainan pula kalau seruan sebegini diteriakkan dalam masjid atau khutbah Jumaat, laju sekali dikenakan tindakan.”

“Sebaliknya, seruan keganasan RECS atau republikan yang tercetus dalam Negara dan untuk meruntuhkan Kedaulatan Negara, pihak berkuasa menikus. Takut sangat hilang undi,” katanya mengakhiri kenyataan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: