Mahu Henti Serangan, Beri Apa Rusia Mahu – Setiausaha Akhbar Presiden
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
MOSCOW, 10 Mac 2022 – Hentikan tindakan ketenteraan, pinda perlembagaan untuk mengekalkan neutrali adalah antara syarat-syarat yang dikenakan Rusia ke atas Ukraine sekiranya mahu operasi ketenteraan di Ukraine dihentikan.
Kenyataan itu disampaikan oleh Setiausaha Akhbar Presiden Rusia, Dmitry Sergeyevich Peskov.
Selain itu, negara terbesar di dunia itu menuntut Ukraine mengiktiraf Crimea sebagai wilayah Rusia dan mengiktiraf Donetsk dan Luhansk sebagai republik bebas.
Dmitry Peskov mendakwa bahawa Ukraine maklum mengenai syarat-syarat yang dikemukakan oleh Rusia, namun sehingga kini masih belum ada maklum balas dari negara tersebut berhubung perkara ini.
“Ukraine diberitahu bahawa semua ini boleh dihentikan dalam masa terdekat.”
Selain itu, Rusia tidak berhasrat untuk membuat sebarang tuntutan lanjut ke atas wilayah Ukraine selain menolak dakwaan kononnya Rusia menuntut Kyiv diserahkan kepada mereka, jelas Dmitry Peskov.
“Kami benar-benar sedang menamatkan proses mengundurkan Ukraine. Kami akan menyelesaikannya namun apa penting ketika ini adalah Kyiv perlu menghentikan tindakan ketenteraannya dan kemudian tiada sesiapa akan melakukan serangan balas.”
Tuntutan Rusia itu dibuat ketika delegasi dari Moscow dan Kyiv bertemu bagi pusingan ketiga rundingan kelmarin yang bertujuan menamatkan konflik kedua-dua negara tersebut.
Februari lalu, Presiden Rusia Vladimir Putin telah melancarkan perang terhadap Ukraine meskipun mendapat tentangan hebat daripada masyarakat dunia.
Kementerian Luar Ukraine memaklumkan Rusia melancarkan pencerobohan besar-besaran terhadap negara itu dan menyasarkan beberapa bandar dengan serangan senjata, termasuk letupan, tidak lama selepas pengumuman ‘operasi tentera’ dibuat.