Tempatan

Mahkamah Tolak Permohonan Peguam Utama Najib Untuk Tarik Diri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 18 Ogos 2022 – Mahkamah Persekutuan sebentar tadi menolak permohonan peguam utama Datuk Seri Najib Razak, Hisyam Teh Poh Teik untuk menarik diri daripada mengendalikan rayuan akhir kes SRC International Sdn Bhd.

Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan kemudian mengarahkan prosiding rayuan akhir dimulakan dengan pihak pendakwaan terlebih dahulu mengemukakan hujahan.

Pagi tadi, media melaporkan bahawa peguam utama kepada mantan Perdana Menteri memaklumkan kepada Mahkamah Persekutuan bahawa beliau menarik diri daripada mewakili mantan Perdana Menteri itu berhubung rayuan sabit dan hukuman kes penyelewengan SRC jika penangguhan prosiding tidak dibenarkan.

Hisyam merayu supaya diberikan masa yang wajar untuk mengkaji dan melakukan persiapan sebelum mengemukakan hujahan rayuan.

“Kami berpendapat peguam itu tidak menunjukkan sebab untuk melepaskan diri.”

“Kami menolak permintaannya untuk melepaskan diri.”

“Beliau masih dalam rekod sebagai peguam utama,” kata Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat seperti dilaporkan sebuah portal tempatan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: