Tempatan

Mahkamah Tetapkan 27 Oktober Rayuan Kes Kembalikan Status Masuk Islam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 15 Oktober 2021 – Mahkamah Rayuan menetapkan permohonan rayuan bagi mengembalikan semula status masuk Islam dua anak yang terjebak dalam pertikaian undang-undang antara ayah dan ibu mereka pada 27 Oktober ini.

Menurut Malaysiakini, ibu dua orang kanak-kanak tersebut merupakan seorang mualaf, manakala bapa mereka pula beragama Buddha.

Kedua-dua kanak-kanak tersebut masih bersekolah di sekolah rendah.

Si ibu dan Pendaftar Muallaf Wilayah Persekutuan membuat rayuan ke atas perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan permohonan si ayah bagi membatalkan sijil masuk Islam dua anak berkenaan.

Kes ini bermula pada 14 Jun 2016 apabila si ayah, yang juga seorang ahli perniagaan, memohon Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi membatalkan perakuan penukaran agama kepada agama Islam untuk anak perempuan berusia lapan tahun dan anak lelaki berusia empat tahun.

Malah si bapa juga telah memohon perintah larangan untuk menghalang responden (ibu dan Pendaftar Muallaf Wilayah Persekutuan) atau ejen mereka daripada mendaftarkan kedua-dua anak berkenaan sebagai orang Islam.

Mahkamah Tinggi kemudiannya membenarkan permohonan itu pada tahun 2018.

Pada 15 Januari 2020 lalu, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan si ibu terhadap keputusan mahkamah lebih rendah yang memberikan hak penjagaan kepada si bapa.

Akibatnya, isu undang-undang utama sekarang berpusat pada pertikaian mengenai kesahihan sijil penukaran Islam kedua-dua anak itu.

Pada 25 Mac lalu, mahkamah telah mengosongkan perbicaraan yang dijadualkan berlangsung hari itu. Ini terjadi apabila salah seorang hakim daripada panel tiga hakim Mahkamah Rayuan menarik diri dengan alasan dia mengenali pasangan yang pernah berkahwin itu.

Peguam bapa penganut agama Buddha, Honey Tan mengesahkan tarikh pendengaran baru yang ditetapkan semasa pengurusan kes rayuan ibu yang memeluk Islam itu di Mahkamah Rayuan hari ini.

Semasa pengurusan kes dalam talian hari ini, peguam Rohani Ibrahim dan Sulaiman Abdullah hadir bagi pihak dua perayu, iaitu ibu yang memeluk Islam itu dan Pendaftar Muallaf Wilayah Persekutuan.

Peguam Kanan Persekutuan Mazlifah Ayob daripada Jabatan Peguam Negara (AGC), turut hadir urusan mahkamah hari ini.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button