Tempatan

Mahkamah Tetapkan 27 Feb Tarikh Rayuan MAIPs Mencelah Kes Cerai Loh Siew Hong

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 27 September 2022 – Mahkamah Rayuan telah menetapkan tarikh 7 Februari 2023 bagi sesi pendengaran rayuan Majlis Agama dan Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berkenaan larangan terhadap MAIPs terlibat dalam prosiding penceraian Loh Siew Hong dan bekas suaminya Muhammad Nagahswaran Muniandy.

Tujuan MAIPs untuk terlibat dalam kes penceraian tersebut adalah untuk mengubah arahan mengenai hak penjagaan yang diberi oleh mahkamah kepada Loh dan ini akan membolehkan MAIPs memberi pendidikan Islam serta bantuan zakat terhadap anak-anak Loh yang telah memeluk agama Islam sebelum ini ketika bersama dengan Muhammad Nagahswaran.

Salah seorang peguam yang mewakili Loh, Shamsher Singh Thind telah mengesahkan tarikh pendengaran rayuan tersebut.

Menurut Shamsher, tarikh pendengaran telah ditetapkan sebelum ini ketika pengurusan kes sebelumnya dan pihak memohon juga telah bersetuju untuk mengekalkan tarikh tersebut.

Tiga beradik yang sebelum ini berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat telah diserahkan kepada Loh pada 21 Febuari tahun ini setelah beliau berjaya memperolehi hak penjagaan secara penuh oleh Mahkamah.

Pada 7 Mac lalu, MAIPs telah memfailkan permohonan campur tangan bagi membolehkan pihaknya memiliki locus standi dalam memohon untuk mengubah terma-terma arahan hak penjagaan anak yang telah diberikan kepada Loh.

Namun pada 15 Jun, permohonan tersebut telah ditolak oleh Hakim Mahkamah Tinggi Evrol Mariette Peters.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: