Tempatan

Boleh Rapat Saf Solat Berjemaah di Wilayah Persekutuan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 17 Mac 2022 – Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kini membenarkan solat berjemaah tanpa penjarakan fizikal di masjid dan surau berkuat kuasa pada 1 April ini.

Datuk Mohd Ajib, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan mengatakan bahawa kehadiran ke masjid dan surau dibenarkan dan tiada had umur untuk kehadiran itu buat individu yang telah menerima vaksinasi COVID-19.

“Jemaah digalakkan membawa dan menggunakan sejadah sendiri,” ujarnya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Bukan itu sahaja, ibadah qiamullail turut dibenarkan dan solat sunat tarawih 20 rakaat pada bulan Ramadhan ini juga boleh dilakukan di masjid dan surau.

Menurut beliau, majlis berbuka puasa, moreh dan sahur dibenarkan untuk diadakan di masjid dan surau malah makanan juga digalakkan untuk disediakan tetapi dengan cara berbungkus.

Tambahnya, aktiviti tadarus al-Quran boleh juga dilaksanakan di masjid dan surau pada mana-mana waktu yang bersesuaian tetapi dalam bentuk kumpulan kecil.

Kesemua kebenaran itu tertakluk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya.

Justeru, beliau berharap agar lebih ramai jemaah dapat mengimarahkan surau dan masjid dan berdoa agar penularan wabak COVID-19 dapat dibendung.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: