Tempatan

Mahkamah Persekutuan Putuskan Proses Ajar & Belajar Institusi Pendidikan Wajib Guna Bahasa Melayu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 06 Julai 2023 – “Pada tahun 1981, dalam Merdeka University Bhd v Government of Malaysia [1982] 2 MLJ 243 Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran di institusi-institusi pendidikan adalah termasuk sebagai urusan rasmi, dan oleh yang demikian adalah tertakluk kepada kewajipan untuk menggunakan Bahasa Kebangsaan di bawah Perkara 152(1) Perlembagaan Persekutuan. Dalam keputusan yang sama juga, Mahkamah Persekutuan telah melafazkan tafsirannya mengenai Perkara 152(1), dibaca bersama dengan Akta Bahasa Kebangsaan, dan turut memutuskan bahawa Merdeka University tidak mempunyai hak untuk menjadikan Bahasa Cina sebagai bahasa pengantar utama.”

Tn Hj Haniff Khatri Abdulla, semasa berhujah bagi pihak perayu semalam, menyampaikan fakta tersebut untuk merayu kepada Mahkamah Rayuan supaya Seksyen 2, 17 dan 28 Akta Pendidikan 1996 dibatalkan.

“Justeru, tafsiran Mahkamah Persekutuan dalam kes Merdeka University Berhad tersebut, mengenai kedudukan, ketinggian, serta kesucian bahasa kebangsaan, adalah mengikat mana-mana institusi pendidikan yang ditubuhkan di bawah Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Kesemua institusi pendidikan adalah tertakluk kepada kewajipan menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, dan mana-mana institusi pendidikan yang menggunakan bahasa selain daripada Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama telah melanggar dan bercanggah dengan Perkara 152(1) Perlembagaan Persekutuan.”

Pendengaran hujah kes Rayuan Saman Sekolah Vernakular semalam bersidang selama hampir 5 jam di hadapan Hakim YA Datuk Supang Lian, YA Dato’ Gunalan A/L Muniandy, YA Dato’ Azizul Azmi Bin Adnan.

Persidangan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan dalam pengurusan kes pada 6 Julai 2023 atas permintaan peguam perayu dan peguam-peguam responden.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: