Tempatan

Mahkamah Benarkan Maria Chin Cabar Mahkamah Syariah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 23 Ogos 2022 – Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah, semalam mendapat kebenaran untuk memulakan prosiding undang-undang bagi mencabar keputusan Mahkamah Tinggi Syariah yang membenarkan prosiding komital terhadapnya kerana mengkritik keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara ke atas bekas isteri seorang ahli perniagaan.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh membenarkan permohonan Maria untuk semakan kehakiman selepas memutuskan beliau tidak mencabar mana-mana bahagian undang-undang Islam yang termasuk dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah, tetapi beliau mencabar bidang kuasa Mahkamah Syariah berhubung prosiding komital terhadapnya.

“Maria (pemohon) mengemukakan permohonan berdasarkan haknya mengikut Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali mengikut undang-undang.”

Tambah Datuk Wan Ahmad Farid ketika menyampaikan keputusan melalui prosiding secara dalam talian, tidak kira sama ada beliau Ahli Parlimen atau penjaja jalanan, mahkamah tidak akan berdiam diri. Pemohon mengemukakan bahan yang cukup untuk berhujah bahawa prosiding penghinaan itu boleh dicemari dengan ketidakpatuhan prosedur.

Dalam pada itu, Hakim Mahkamah Tinggi turut membenarkan permohonan Maria untuk mendapatkan perintah penangguhan prosiding komital di Mahkamah Syariah sementara menunggu permohonan semakan kehakiman itu selesai.

Datuk Wan Ahmad Farid kemudian menetapkan 15 September ini bagi pengurusan kes.

Pada 4 Disember 2020, Maria Chin diperintah mengemukakan tunjuk sebab mengapa beliau tidak boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah kerana mengkritik keputusan Mahkamah Tinggi Syariah.

Ini berikutan mahkamah berkenaan menolak permohonannya mendapatkan tempoh lanjutan masa bagi mencabar keputusan mahkamah itu membenarkan prosiding menghina mahkamah (komital) dimulakan terhadapnya.

Permohonan untuk memulakan prosiding komital itu dikemukakan seorang ahli perniagaan berikutan Maria Chin mengeluarkan komen dan mengkritik keputusan mahkamah yang memerintahkan hukuman penjara tujuh hari dijatuhkan terhadap bekas isterinya, Emilia Hanafi, kerana mengubah tarikh lawatan anak-anaknya untuk bersama bapa mereka.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: