Tempatan

Mahkamah benar tangguh bicara kes rasuah, ubah wang haram Azeez

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan bekas pengerusi Tabung Haji Abdul Azeez Abdul Rahim untuk menangguhkan prosiding perbicaraan tiga pertuduhan rasuah dan 10 pertuduhan pengubahan wang haram yang dihadapinya sementara menunggu keputusan rayuan berhubung pembatalan kesemua pertuduhan itu di Mahkamah Rayuan.

Hakim Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu selepas mendapati terdapat keadaan luar biasa yang mewajarkan mahkamah menggunakan budi bicara untuk menggantung prosiding perbicaraan di Mahkamah Sesyen.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button