MAHB Tidak Urus ‘Pelawat’ NTL Tetapi Kontraktor Luar Ditetapkan Oleh AOC
SEPANG, 07 Julai 2023 – Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) telah mengeluarkan kenyataan bahawa pihak mereka tidak menguruskan para penumpang Not To Land (NTL) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Dalam kenyataan yang sama juga pihak MAHB turut mengatakan bahawa tugas tersebut, iaitu pengurusan para penumpang NTL adalah di bawah pengurusan sebuah syarikat persendirian yang telah dilantik oleh KLIA Airline Operators Committee (AOC).
BACA JUGA: PRN: 661, 905 Pengundi Muda Lingkungan 18-20 Tahun
BACA JUGA: ‘BN Perasuah’: Kenyataan Pua Selari ‘Agenda’ DAP, Kata Bekas Pemimpin Parti
BACA JUGA: Gempar! Lelaki Kristian Mesir Curah Alkohol, Pijak & Lempar Al-Quran
Menurut MAHB lagi, AOC terdiri daripada sejumlah 40 pengoperasi kapal terbang bersama dengan 26 sekutu lain.
Dalam kenyataan tersebut, MAHB menjelaskan bahawa hal pengurusan para penumpang NTL itu adalah berdasarkan beberapa sebab seperti perihal sah pasport, isu berkaitan visa, latar belakang jenayah serta hal-hal melibatkan keselamatan, yang mana ianya berada di bawah bidang kuasa syarikat penerbangan serta Jabatan Imigresen Malaysia.
Perkara tersebut telah diperincikan menerusi Annexe 9, sebuah organisasi penerbangan awam antarabangsa dan Akta Imigresen Malaysia (Akta 155).
Sebagai pihak pengendali lapangan terbang, MAHB menjelaskan bahawa pihak mereka hanya menyediakan ruang yang sesuai untuk membantu pengendalian para penumpang NTL sewaktu menunggu penerbangan pulang mereka.