Antarabangsa

Maghribi Perkukuh Hubungan Ketenteraan Dengan Israel, Dianggap ‘Membuli’ Negara Arab

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TUNIS, 22 Julai 2022 – Bekas Presiden Tunisia, Moncef Marzouki mengecam sekerasnya tindakan Maghribi memperkukuh hubungan ketenteraan dengan zionis Israel dan menganggap negara itu sebagai pengganti Israel dalam ‘membuli’ negara Arab lain.

Kenyataan tersebut dimuatnaik beliau menerusi sebuah hantaran di laman Facebooknya selepas lawatan Ketua Tentera Israel, Jeneral Aviv Kochavi ke Maghribi baru-baru ini.

“Tiada apa yang boleh menjustifikasikan tindakan menerima kedatangan ketua tentera yang menduduki Tebing Barat, memecahkannya setiap hari dengan penempatan, merampas hak rakyat Gaza untuk hidup normal selama lebih satu dekad, dan melanggar kesucian Masjidil Aqsa,” tegas beliau.

“Dan di sini dia (Aviv Kochavi) adalah tetamu negara Arab, seolah-olah tentera Israel menguatkan tentera ini (Maghribi) melawan negara Arab lain, sedangkan mereka kekal sebagai negara jiran dan negara saudara walau apapun kelemahan,” tambahnya.

Beliau turut mengatakan bahawa Israel memainkan peranan kepada konflik negara Arab, bukan sahaja di Timur malah juga di Maghreb (bahagian barat Afrika Utara) di mana semua pihak mengetahui arah tuju kepentingan Israel.

Isnin lalu, Kochavi membuat lawatan pertamanya ke Maghribi dan bertemu dengan beberapa orang pegawai kanan negara tersebut. Kedua-dua negara itu menandatangani perjanjian keselamatan termasuk pertukaran kepakaran ketenteraan dan pergerakan bersama, lapor Middle East Monitor.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: