Antarabangsa

Maghribi Dipilih Tuan Rumah Piala Dunia Kelab Februari Depan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SWITZERLAND, 19 Disember 2022 – Selepas mencipta sejarah sebagai negara Arab pertama mara ke suku akhir Piala Dunia Qatar 2022, Maghribi kini dipilih sebagai tuan rumah bagi Piala Dunia Kelab yang dijangka berlangsung pada Februari depan.

Presiden FIFA, Gianni Infantino mengumumkan sedemikian dalam sebuah sidang akhbar baru-baru ini.

Katanya, Piala Dunia Kelab FIFA telah diadakan setiap tahun bermula 2005 melibatkan tujuh pasukan dan dihoskan oleh Brazil, Jepun, Emiriah Arab Bersatu, Maghribi dan Qatar.

Tujuh pasukan itu termasuk juara setiap pertandingan benua dan pasukan teratas bagi negara tuan rumah.

Walaupun demikian, mulai 2025, kejohanan itu akan diadakan setiap empat tahun seperti Piala Dunia sekali gus akan menampilkan 32 pasukan.

Infantino memaklumkan, format baharu berkenaan akan meningkatkan pendapatan FIFA di mana jangkaan pendapatan untuk persatuan bola sepak global ialah $11 bilion untuk tempoh antara 2022 dan 2026, tanpa termasuk Piala Dunia Kelab 2025.

Sebelum ini, Maghribi telah menewaskan Portugal dan Sepanyol dalam pusingan kalah mati namun Perancis menewaskan pasukan kebangsaan itu dalam perlawanan separuh akhir.

Croatia pula menamatkan saingan Piala Dunia 2022 pada kedudukan ketiga selepas mengalahkan Maghribi 2-1 di Stadium Antarabangsa Khalifa kelmarin.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: