Tempatan

MAGERAN Pilihan Lebih Baik – Kamaluddin Endol

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR – “Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) 2.0 mampu berfungsi dengan fungsi yang lebih utama berbanding fungsi Parlimen malah jauh lebih baik, berkesan dan pantas untuk menyelesaikan segala permasalahan rakyat dan negara, kata mantan Pensyarah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kamaludin Endol.

Menurutnya, berdasarkan perkembangan terkini kemelut politik tanah air, beliau menjangkakan tindakan menghidupkan kembali MAGERAN 2.0 adalah paling wajar dilaksanakan Seri Paduka Baginda.

Jelas beliau lagi, sewajarnya 70 peratus ahlinya perlulah terdiri dari kalangan profesional dan selebihnya 30 peratus anggotanya dari ahli-ahli politik yang berkelayakan sahaja.

“Sudah tentu baginda boleh memanggil untuk mewujudkan MAGERAN 2.0 ini yang bertujuan mentadbir semula negara dengan ahli-ahlinya juga boleh dilantik daripada kalangan profesional dan perkhidmatan awam seperti MAGERAN 1.0 sebelum ini,” kata Kamaludin kepada Samudera.my.

Ditanya apakah tujuan MAGERAN 2.0 ini, Kamaludin berkata, MAGERAN 2.0 kali ini bertujuan untuk melaksanakan Agenda Reset Malaysia.

Tegas beliau, sudah tentu ahli Parlimen tidak akan berpuas hati dalam hal ini kerana kepuasan hati mereka tidak sama dengan kepuasan hati rakyat.

Bagaimanapun, MAGERAN 2.0 ini diwujudkan dengan matlamat kerana adanya suatu kepercayaan kepada satu sistem hidup yang jauh lebih baik dan ia akan terus berfungsi bagi mengisi keperluan semasa dan yang akan datang.

“Jadi tidak menjadi masalah dengan tempoh masa darurat itu walaupun pandemik ini berlanjutan dan perintah darurat diperpanjangkan, malah ianya adalah lebih baik dan terkawal,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: