Tempatan

MAGERAN: Agong Boleh Batalkan Seksyen 11 Ordinan Darurat – Haniff Khatri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 11 Jun 2021 – Peguam, Mohd Haniff Khatri Abdulla menegaskan, penubuhan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) adalah lebih baik daripada apa yang dilalui Malaysia saat ini.

“Apakah kebaikan MAGERAN? Semestinya lebih baik daripada keburukan yang kita lalui sekarang. Kita tidak boleh tahu, kita tidak boleh teka, apakah kebaikan mutlak selagi kita tak lalui. Tapi yang pasti, adakah kita nak melalui keburukan sekarang?”

Tambah beliau, mereka yang menolak MAGERAN, atau yang disebut Haniff Khatri sebagai Jawatankuasa Penasihat Diraja Darurat adalah kerana mereka terlalu taksub dengan politik.

“Padahal MAGERAN yang dicadangkan ini tidak pun sama dengan 1969. Apa yang dirisaukan? As it is now, pelabur-pelabur asing pun dah lari dari Malaysia tanpa adanya MAGERAN pun. Pelabur dah lari pada masa kita wujudkan darurat kesihatan. Adakah kerajaan ini fikir pada masa itu?”

“Perkara isu darurat dan MAGERAN ni, saya tak suka guna perkataan MAGERAN. Saya lebih suka panggil dia Jawatankuasa Penasihat Diraja Darurat. Perkara ni saya bangkitkan dah berbulan-bulan melalui tulisan, wawancara dan sebagainya.”

“Dan ramai, bukan tak faham tentang keberkesanan atau kebolehan pembaikpulihan negara melalui jawatankuasa ini. Mereka cuma tidak hendak terima hakikat bahawa jika dibuat benda itu, maka parti mereka, pemimpin mereka sudah dilumpuhkan politik untuk tempoh tertentu. Ia atas ketaksuban politik mereka.”

Oleh itu, kata Haniff, jika Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong yakin kerajaan yang diberi kuasa tadbir urus semasa darurat ini gagal melaksanakan tanggungjawab yang sepatutnya, maka baginda boleh membatalkan Seksyen 11, Ordinan Darurat di mana Baginda boleh mewujudkan ordinan baharu dan melantik Jawatankuasa Penasihat Diraja Darurat.

“Kalau Kebawah Duli Yang di-Pertuan Agong yakin (kerajaan gagal tangani masalah kesihatan, ekonomi), maka Kebawah Duli Yang di-Pertuan Agong boleh batalkan Seksyen 11 dan wujudkan ordinan baru. Setakat ini sudah ada empat ordinan tak silap saya. Tiga campur satu dipinda. Boleh wujudkan Ordinan Darurat nombor lima 2021: Beta dengan ini membatalkan Seksyen 11 Ordinan 1. Subsekyen 2: Beta dengan ini mewujudkan dan meletakkan kuasa tadbir urus negara, kuasa tadbir urus eksekutif negara semasa darurat di tangan badan yang dipanggil Jawatankuasa Penasihat Diraja Darurat yang mana anggotanya akan diumumkan melalui watikah Kebawah Duli Yang di-Pertuan Agong sejurus serta-merta selepas ini.”

Di samping itu, Haniff menegaskan bahawa Peguam Negara dan penasihat kepada Kebawah Duli Yang di-Pertuan Agong perlulah memberitahu perbezaan kuasa semasa darurat dan bukan darurat selain memberi nasihat yang jujur dan lengkap kepada Kebawah Duli Yang di-Pertuan Agong.

“Saya harap dan saya percaya, sekiranya para penasihat di pejabat Peguam Negara terutamanya Tan Sri Idrus Harun boleh memainkan peranan yang penting sebagai penasihat Kebawah Duli Yang di-Pertuan Agong, iaitu salah satu tugas Peguam Negara di bawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, untuk memberitahu apakah dia perbezaan kuasa semasa darurat dan bukan darurat, apakah kekangan pemakaian Perkara-Perkara 38, 39, 40 Perlembagaan Persekutuan kepada keadaan darurat Perkara 150, maka beliau boleh sarankan kepada Kebawah Duli Yang di-Pertuan Agong. Tidak perlu tunggu.”

“Sebagai rakyat biasa dan pengamal undang-undang saya syorkan (kepada Peguam Negara dan penasihat Kebawah Duli Yang di-Pertuan Agong) untuk memberikan nasihat yang lengkap dan jujur walaupun pedih dan pedas kepada kerajaan atau Perdana Menteri, berikanlah yang jujur sebab kita berada di kerusi itu, memegang amanah untuk melaksanakan yang betul untuk rakyat, untuk negara. Kalau inilah kedudukannya, bagitau (kepada Kebawah Duli Yang di-Pertuan Agong). Bila kita tak bagitau kedudukan yang betul, maka sukar to be fair Kebawah Duli Yang di-Pertuan Agong, Baginda perlu diberi nasihat yang lengkap, bukan nasihat sekerat-sekerat.”

Kenyataan ini dinyatakan sewaktu sesi siaran langsung soal jawab melalui You Tube bersama pemilik portal The Third Force, Raggie Jessy Rithaudeen bertajuk “Agong Boleh Isytihar Darurat Tanpa Persetujuan PM” semalam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: