Tempatan

MAFS Digesa Pastikan Telur Import Tidak Rosak, Busuk

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 18 Februari 2023 – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) digesa untuk memastikan telur yang diimport dari India tidak rosak dan busuk.

Menurut Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Nur Asyikin Aminuddin, kementerian berkenaan perlu melakukan pemeriksaan yang sewajarnya terhadap telur yang diimport supaya penjualan telur yang tidak berkualiti dan tamat tempoh dapat dielakkan.

BACA JUGA: Polis Damansara Difitnah, Polis Buat Laporan

BACA JUGA: Kementerian Sambut Baik Cadangan Turap Jalan Guna Getah Tempatan

BACA JUGA: Ungkit Sejarah Kolonial British, Penny Wong Dipersoal Rakan Senator

Beliau dalam kenyataan yang sama turut berkata, dikhuatiri telur yang berada dalam keadaan tidak elok ini akan mendatangkan masalah kepada pengguna termasuklah menjejaskan kesihatan mereka.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan sekiranya pengguna telah membeli telur yang sudah rosak atau busuk, mereka boleh menuntut semula wang mereka daripada premis terlibat tetapi sekiranya premis berkenaan enggan berbuat sedemikian, pengguna boleh mengadukannya kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Baru baru ini, isu berkenaan telur import ini dibangkitkan dalam sesi perbahasan usul Titah Diraja di Dewan Rakyat oleh Tan Sri Muhyiddin (PN-Pagoh) dan Datuk Seri Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam).

Kedua-dua mereka menyatakan bahawa terdapat langkah lain yang boleh dilaksanakan selain daripada mengimport telur ayam dari India.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: