Tempatan

Hamas Puji Pendirian Malaysia Sekat Kapal Papar Bendera Israel Berlabuh

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 22 Disember 2023 – Pejuang Palestin, Hamas memuji keputusan Malaysia dalam menyekat kapal yang memaparkan bendera Israel dari berlabuh di mana-mana pelabuhan negara ini.

Pegawai Kanan Hamas, Osama Hamdan menzahirkan penghargaan diatas pendirian teguh Kerajaan Malaysia dalam menyokong rakyat Palestin di tengah-tengah konflik yang berterusan ketika ini.

Beliau dalam masa yang sama turut menyeru negara-negara Arab dan Islam lain untuk mengambil pendirian yang sama dalam menunjukkan solidariti bersama rakyat Palestin di Gaza yang mempertahankan kebebasan dan kemerdekaan mereka.

Tambah beliau lagi, “Kami menggesa kesatuan buruh seluruh dunia untuk mengelak daripada berurusan dengan kapal-kapal Israel, menolak untuk memuatkan mereka dengan barangan atau membekalkan mereka dengan bahan api atau makanan.”

“Kami berdoa untuk roh para syuhada kami, kesembuhan buat mereka yang sakit dan tercedera, dan kemenangan yang segera.”

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Malaysia menyekat syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM dari berlabuh di mana-mana pelabuhan negara ini.

Malah, Kerajaan turut memutuskan untuk tidak lagi menerima kapal yang menggunakan bendera Israel untuk berlabuh di negara ini.

Jelas beliau, sekatan itu dikenakan susulan pelanggaran undang-undang antarabangsa oleh Israel melalui penyembelihan dan kekejaman yang berlarutan terhadap rakyat Palestin.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: