Tempatan

Lupus Al-Qur’an Setiap Daerah – JAIP

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PAHANG, 28 Mei 2022 – Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) akan mewujudkan pusat pelupusan Al-Qur’an di setiap daerah di negeri berkenaan bagi memudahkan serta melancarkan lagi proses pelupusan ayat-ayat suci Al-Qur’an, lapor Kosmo.my.

Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Zakaria Mohamed dalam satu sidang akhbar Majlis Pelupusan Al-Qur’an dengan kerjasama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkata, pusat pelupusan Al-Qur’an tersebut akan dibina dalam masa terdekat dengan menggunakan teknologi khas.

BACA: Jenazah Umat Islam Perlu Dibakar di Jepun?

BACA: Pelampau Hindu Bakar Kubur Umat Islam Untuk Bina Berhala

BACA: Perlu 6 Bulan Lagi Untuk Lupus Al-Quran Banjir – Pusat Pelupusan

“Pada masa ini JAIP memiliki dua buah pusat pelupusan Al-Qur’an di daerah Pekan dan Jerantut menggunakan teknologi dan kepakaran khas untuk memproses abu Al-Qur’an.

“Di Temin, Jerantut, kepakaran dan teknologi relau digunakan diimport dari Jepun dengan kos kira-kira RM38,000,” ujar beliau.

Beliau berpandangan bahawa, mana-mana individu yang ingin melupuskan Al-Qur’an boleh berhubung secara langsung dengan mana-mana Pejabat Agama Islam di daerah masing-masing.

Ia bertujuan untuk mengumpul terlebih dahulu Al-Qur’an tersebut sebelum dihantar ke proses pelupusan kerana terdapat kaedah tertentu yang perlu dipatuhi dengan berpandukan kepada rujukan dalam Islam, yang mana pihak pejabat agama Islam daerah yang akan mengumpul Al-Qur’ansebelum dihantar ke pusat pelupusan, jelas beliau.

Dalam pada itu, beliau turut berkongsi tentang enam tan Al-Qur’an yang telah dilupuskan beberapa hari lepas di Laut Cina Selatan pada kedudukan kira-kira 10 batu nautika dari persisiran pantai pangkalan TLDM Tanjung Gelang.

“Jumlah kali ini paling tinggi mengambil kira Al-Qur’an yang musnah akibat kejadian banjir yang kebanyakannya datang dari daerah yang terjejas teruk iaitu dari Bentong dan Temerloh.”

“Seperti ramai sedia maklum, dua kali banjir melanda daerah Bentong secara mengejut dan mangsa tidak sempat menyelamatkan Al-Qur’an, jadi ia perlu ‘diselamatkan’ dengan cara baik dan salah satunya adalah dengan pelupusan abu Al-Qur’an di laut,” ujar Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang itu.

Leave a Reply

Back to top button