Antarabangsa

Negara Bersenjata Nuklear, Korea Utara Lancar Peluru Berpandu Balistik Ke Arah Jepun

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JEPUN, 04 Oktober 2022 – Negara Jepun telah dikejutkan dengan sistem amaran yang menggesa penduduknya untuk mencari tempat perlindungan susulan pelancaran peluru berpandu balistik oleh Korea Utara.

Menurut laporan portal negara terbabit, peluru berpandu itu telah melintasi kawasan Tohoku sebelum terjunam ke kawasan lautan Pasifik 370km dari daratan.

Dalam kekecohan tersebut, sistem amaran J-Alert Jepun telah dipasang di kawasan kepulauan Izu, Hokkaido dan Aomori.

Peluru berpandu yang dilancarkan dipercayai berkemampuan untuk menyasarkan sasaran jarak jauh, di mana ia dipercayai telah ‘terbang’ sejauh 4,000 km sebelum terjunam ke perairan berhampiran Jepun.

Pihak tentera Korea Selatan juga telah mengesahkan hal tersebut, di mana ia dipercayai dilancarkan dari kawasan Mupyong-ri di Korea Utara.

Perdana Menteri Jepun menyelar tindakan Korea Utara dan menyifatkannya sebagai sesuatu yang keterlaluan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: