Politik

Lukisan Berukkan Ahli Parlimen, MP Parit Buntar Keluar Dalil

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 14 April 2022 – Perbuatan melukis lukisan yang menggambarkan para Ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat sebagai beruk dan katak melanggar etika dan adab berpandukan nilai dalam Al-Quran dan Sunnah, menurut Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) itu juga berkata, mereka yang tidak bertaubat daripada perbuatan ini adalah orang yang zalim di sisi Allah.

BACA: Keluarga Sokong Anak Loh Peluk Islam Walaupun Mereka Beragama Hindu – Firdaus Wong

BACA: Pelampau Hindu Bangun Subuh Lawan Laungan Azan

BACA: Pelampau Hindu Rogol Muslimah Hamil Ketika Meneran Bersalin

Ini kerana ia menunjukkan sikap sombong sang pelaku itu iaitu tergamak “menolak kebenaran” dan “merendah-rendahkan manusia”, menurut beliau lagi.

“Satira dalam apa jua bentuknya perlulah menghormati adab-adab seorang Muslim.”

Beliau berkata, jawatan Ahli Parlimen yang dipegangnya itu adalah suatu “tugas mulia yang diamanahkan”, dan menghukum pemegang jawatan Ahli Parlimen sebagai beruk, kera dan monyet adalah keterlaluan.

“Hormatilah pilihan majoriti para konstituen (pengundi) masing-masing kerana mereka tidak mahu disabitkan sebagai pengundi beruk dan kera!”

Beberapa hari sebelum ini, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menzahirkan rasa berkenan untuk membeli hasil karya lukisan yang menggambarkan Dewan Rakyat dipenuhi dengan beberapa jenis haiwan seperti katak dan pelbagai jenis mawas.

Baginda berkenan untuk menggantungnya di bilik kerja peribadi baginda.

 

Leave a Reply

Back to top button