Tempatan

Lukis Kemaluan Wanita, Libresse Dikecam Tiada Kreativiti

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 21 September 2021 – Tindakan kontroversi Libresse, jenama tuala wanita di Malaysia baru-baru ini yang menggunakan imej kemaluan wanita sebagai motif corak pembungkusan menerusi kempen “Know Your V” menerima kecaman para netizen.

Antara kritikan netizen di alam maya adalah Libresse mengeksploitasi bahagian tubuh wanita di dalam kempen perniagaan mereka.

Selain itu, ia juga merupakan “satu penghinaan kepada wanita Malaysia apabila menggunakan salah satu baju kebangsaan iaitu baju kebaya sebagai bahan kempen yang sangat tidak kena dengan Rukun Negara iaitu Kesopanan Dan Kesusilaan”.

Tidak kurang juga ada netizen yang mengkritik ia sebagai “kempen bodoh” dan “kurang kreativiti”, malah menyifatkan terdapat golongan yang menyokong agenda ini sebagai anti Islam.

Menurut Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar, “menggambarkan bahagian intim wanita dalam kempen tuala wanita adalah merendahkan wanita”.

“Vulva dan vagina lebih berkait rapat dengan aktviti seksual kerana itulah ramai yang tidak selesa dengan iklan anda,” kata Pensyarah Perubatan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Libresse kemudiannya pada 16 September 2021 didapati telah menarik balik iklan mereka namun tiada sebarang permohonan maaf direkodkan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: